Voting

Monday, January 31, 2011

SERABUT MASYAM

SALAM SEMUA,
haa.. ape yang serabut masam nie?
K.E.. KE... T.I.. TEE.. A.K... AARKK.= ketiak

Em ada sesiapa ketiak nya yang macam ini ----->(sila lihat gambar)
agak-agak boleh rebonding tak?
Dan begini?? (sila lihat gambar) --- >
"muka cantik ketiak bau" :p

Saya ada beberapa petua tradisional nak dikongsikan.
  • petua menghilangkan bulu ketiak 
  • petua menghilangkan bau ketiak
Bagi sesiapa yang agak masyam masyam tu.. haa. meh sini kita berkongsi petua. :)
terbuka hati nak kongsi petua ni disebabkan saya berchat dengan budak ni dekat "mukabuku". Ada lah dulu dia ni agak masyam yea kawan-kawan. Alkisahnya, syahirah hassan ni. rasa macam nak je hadiahkan die rexona k.. nivea k.. masa time birthday dia. Malangnya si Syahirah Hassan yang lembab ni. tak tahu bilakah tarikh hari jadi nya watta pfftt -.-.Dengan inisiatif dan rasa konfiden nya beliau akan baca blog ini. Syahirah Hassan nak buat post untuk kongsi something special dengan dia. Tak perlu modal yang banyak. Belakang rumah(kalau ade)  pon boleh gunakan.

  • Menghilang Bulu Ketiak
Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.

  • Menghilangkan Bau Ketiak

  1. Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
  2. Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.
  3. Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
  4. Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
  5. Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
  6. Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
  7. Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.
Apa kata kau? haa. Macam susah kan? zaman sekarang "dunia dah maju zaman dah moden ni". nak cari bahan-bahan tu sikit punya susah betoi tak? Macam nak kena mandi bunga pon ada kan? Daun sirih pon dah jarang orang tanam. Tak macam dulu dekat rumah-rumah mesti ada pokok sirih. Pokok kaktus pon dah tak tertanam inikan pulak pokok sirih. ish ish ish.. zaman.zaman. Petua ini untuk sesiapa yang dah macam-macam produk pakai.Tapi, masih badan berbau boleh la guna pakai. Orang kata inisiatif tu mesti ada. Yang cerita pasal bululevard tu, saja aje nak kongsi mana lah tahu ada orang nak cuba cara tradisional. Ingat lah pepatah" tak ada yang lama, tak ada yang baru" dekat watson,guardian banyak kot pencukur.Untuk perempuan, Lelaki, unisex pon ada. Yang pakai gam tampal dan tarik sehingga kita "MENCANAK". pon ada.



p/s: saya bukan mengaibkan sesiapa. Hanya sekadar berkongsi untuk kebaikan "think positive". :)


setakata ini sahaja. arios..
mengantuk sudaaa xD

love, syahirah hassan

SUBJEK SEMESTER DUA 2011

Salam semua,


dalam buku BEL ada xD



Mengikut tajuk entry saya pada kali ini.. sememang nya lah diri ini dah meningkat usia. Usia saya pada tahun ini 19 years young. Masih teenager okay :) itu yang penting dan yang paling penting umur tu tak masuk lagi masih lapanbelastahunmuda.Itu yang paling penting, yang paling terutama, umur hanya lah angka. Betul tak? okay sudah lebih had laju disini. 

Paling sukar:

  • Subjek untuk sem kedua ini agak lah tuff tuff gituuu.. buat masa sekarang saya rasa FAR 150 paling tuff sekali. FAR 150 ini adalah subjek utama saya iaitu financial accounting. Baru masuk chapter two dah mula rasa macam urghhhh -.- faham-faham aje lah kan? Jadinya, dengan semangat nak dapatkan dekan untuk sem ini saya perlu focus lebih dan banyakkan latihan. Berjumpa dengan lecturer? haa. lepas mid sem break ini memang nak jumpa sangat-sangat! memerlukan tunjuk ajar miss Tina :(.Sebelum mid sem break? gelak-gelak dalam kelas dan tidak focus 100% pon. :(


Paling tertekan:

  • BEL260. Adoi. apa benda subjek yang sukar sangat ni? english weh.. english. Bukan masalah dengan subjek tu sangat tapi, dengan lecturer nya. Ada lah seorang jejaka yang bergelar lecturer ni kan, baru aje posting dekat Uitm Samarahan ni. Beliau adalah graduan Uitm juga yakni bachelor in TESL.Beliau ni ingat anak muridnya hebat macam dia agaknya. Beliau selalu guna bahasa"bombastic" kononnya dengan harapannya kami tahu la segala bahasa tu -.- . "TABULA RASA" perkataan ini yang memberi impact sekali sebab sememamngnya satu kelas saya tak tahu apa makna nya.


muka masa belajar BEL :|



haa~~ dua subjek nie aje la yang aku rasa macam give up sikit.
keseluruhan subjek semester 2 :

02/11
  • FAR150-Financial accounting 2
  • MGT 153- Introduction to business
  • ECO162- Principle of Micro Economics
  • QMT 181- Introduction to statistic
  • BEL 260- Preparatory course for MUET
  • CTU151- Pemikiran dan tamadun islam
  • HSM151- recreation(kokurikulum)


haa.. itu aje la yang aku nak merepek
sekian,

love, syahirah hassan <3

maafkan saya..

salam semua :)

haa~~ entry pada kali ini.. saya nak mintak maaf sangat-sangat ke atas kelewatan saya meng"update" blog ini..
biasa la kan kehidupan di Universiti ni agak lah sebok.. walaupon tak berapa sebok.. syahirah hassan ni menyebokkan diri dia membuat benda lain selain mengupdate blog al-maklumlah penat la.. hee~~
konklusi nya sebenarnya bukan nya ape.. nak atau tak nak update sahaja kan? dah kalau dalam diri ini penuh dengan huruf M..M.M.. mmg haramm lah kan?

Jadinya,
saya mohon maaf sangat yea.. maafkanlah..
saya taw ada yang tanya-tanya dekat saya bila nak update blog.. maaf yea..:)
untuk membalas kesalahan saya ni.. saya akan update lebih daru satu entry yea :)

selamat membaca..






love, syahirah hassan

Thursday, January 6, 2011

semester 2

assalamualiakum w.b.t :)

waaa... dah semester kedua nampaknya..
ini bermakna seyra dh 19 tahun lah kan?
waa.... :))

ini juga bermakna.. HELLO SARAWAK :)
BYE BYE SEMENANJUNG :)

oh tak de lah banyak perubahan kan..
cun cun jeh..
sampai - sampai kt UiTM dalam pukul 9.30 cam tu.. aku terus aje pegi daftar bilik dekat blok 4 seri gading.
agak lah excited nak memulakan semester baru kan?
malangnya.. lepas aje dapat kunci mesti lah terus angkat beg masuk bilik kan?
makk aiii.. tinggi tu bhai... tingkat lima.. agak agak pecah gak laa.. lemak-lemak.. selulit sampa atas nie..
bayangkan aje la.. dengan luggage 18 kilo.. x2.. ini bermakana.. lebih 36 kilo aku kene bawak naik barang -.-
itu baru beg baju.. beg lain.. contoh nya.. buku.. hurmmm tak payah cakap banyak.. memang berat gila nak mati -.-

bila dah siap semua.. kami pun berehat-rehat lah kn..
new roomates shasha..iqa cantik(katanya)..and sherinna..
buat masa sekarang nie.. kak wani.. tumpang bilik kitorang.. sebab bilik die.. masih ade roomates yang belum masuk.. alangkah bertuahnya kak wani cantik(katanya juga).. die dapat bilik aku yang lama.. haihh..
tingkat satu je kot..
so.. sepanjang hari pertama ok ok aje.. tak ada lah yang best sangat nak diceritakan oh.. sampai disini aje dulu yea.. :)

salam..

Saturday, January 1, 2011

selamat tahun baru 2011

hei hei readers :)


minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
kerana sudah sekian lama tidak mengupdate ini belog! :D
agak kemalasan bunyi nya disitu :)
ye.. huruf M sangat penuh dalam diri..

hidup ketika dalam era 2010..
banyak sangat benda yang berlaku..
sama ada suka.. duka.. perit manis getir getar.. vibrate
semua sekali lah.. xD

pada tahun 2010.. juga lah.
saya belajar untuk menjda seorang yang kuat..
seorang yang menghargai..
seorang yang berdikari
seorang yang yakin diri
serta kuat berusaha mencapai matlamat diri..

macam mana dapat semua itu.
ya. mungkin persoalan bagi yang tidak tahu..
mestilah sebab saya seorang perantau..
belajar di UiTM sarawak serba sedikit
telah mengubah hidup saya..
dari seorang yang lemah..
kepada seorang yang kuat..
dari seorang yang tak kesah
kepada seorang yg ego..
ego? oh in a good way lah..
tak kan nak biar orang pijak kepala kan?

pada tahun 2010 juga lah saya kenal erti persahabatan..
jumpa ramai kawan baru yang berbeza latar belakang..
mahupun musuh baru... yang entah kenapa tetiba nak cari pasal.
aku dikutuk..dikeji..serta disuruh buang tudung ke dalam loji oleh seroang insan beragama islam juga. bukan setakat itu malah aku dikatakan bodoh, (?) tanda soal disitu.. cukup bijak kah anda? 4.oo (?) oh 3.00 aje.. cehh. tidak mengapa :)
seorang yang bermegah diri yang ingat dirinya lah segala dan selesa dengan dirinya seadanya dan memandang rendah dekat orang lain.. sedangkan.. dia hanya lah insan biasa yg menjalani hidup sama seperti insan lain yg hidup di bumi bulat yg berputar seperti roda
"TUNGGU AJE LAH MASA KAU DI BAWAH" :)

PERKARA UTAMA YANG MENCABAR 2010
iaitu- mak menjalani pembedahan di leher da masuk ICU 2 hari..
ketika itu saya di Sarawak tidak tahu apa-apa.. ditipu oleh ahli keluarga kerana ingin menjaga hati yg gundah gulana.. 
ketika itu.. saya berubah untuk menjdai seorang yang tabah.. kerana pada ketika itu saya mungkin kehilangan ibu yang disayangi..
alhamdulillah. Allah masih memberi aku peluang untuk berbakti dan menghapus dosa dengan mak. sekarang alhamdulillah.. mak dah sihat.. :)
namun begitu ayah pula yg sering sakit-sakit.. tidak mengapa..
itu semua dugaan.. akan ku cuba melawan dan berdoa untuk ayah. :)

itu sahaja yg berlaku selama 2010..
apa yang aku harapkan untuk 2011

 menjadi pelajar yg cemerlang . (gpa 3.24 akan berubah menjadi dekan pada tahun ini. aminn) :)
anak yang membanggakan
kawan yang dihormati
insyallah amin..

kepada yang khatam baca post saya pada kali ini.
TAHNIAH!! 


okayh..
salam.

love, syahirah :)