salam semua,
adakah awak penipu? Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditipu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri betul tak? Dua perkataan yang bunyi lebih kurang sama. Tetapi yang jelas, kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri.
- Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya.
- Ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain.
mengikut post saya pada hari ini... Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita??
haa~ sebelum itu kenapa lah saya nak sangat buat entri pasal menipu tertipu ditipu ini?
sebab "KAK TIPAH TERTIPU JANG OI".
situasi saya, "lelaki muka baik-menipu dirinya single"
bukan lah sebab saya suka kat dia dan terus "frustrated" sebab dia dah berpunya
cuma..cuma..cuma.. saya tak puas hati sebab apa perlu menipu? kalau dah nama pon kawan terus terang kan lebih baik. al-maklumlah rapat dengan boyfriend orang ni kadang-kadang susah jugak. nak-nak kalau si cewek nya yang agak otak sempit. "saya tak rela nak bermusuh dengan orang sebab lelaki" serik u olss.. serik...
saya cuba bertanyakan dekat kawan-kawan rapat.
weh asal mamat-mamat suka menipu? err... (tak bemaksud minah tak menipu.. cuma dalam situasi saya ye)..
lalu si kawan rapat ini menjawab
kawan A) " sebab nak market. yela dalam mind kita-kita ni kan kalau orang dah berpunya kita tak nak rapat sangat"
kawan B) " nak tutup kesalahan.nak ambil hati orang (bohong sunat)".
bohong sunat?. wujud sebetol - betol wujud atau rekaan masyarakat sahaja? tipulah saya tak pernah bohong sunat kan? *nak bajet innocent pulak*
Rasulullah menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam.
Seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith, “Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia."
haa~ berani-rani nak tipu saya kan? dosa tau! haa~ tak ada maknanya kalau bohong sunat sekali pon.
bagi saya berbohong kalau dah melibatkan kepercayaan orang tu. bahaya... nanti orang susah nak percaya dekat kita dah.
buat si jejaka yang baru menipu saya itu. sedarlah ya :)
bukan untuk si jejaka sahaja..
untuk anda si pembaca..
dan juga diri saya sendiri :)
semoga lepas ni kita kurang-kurangkan lah menipu .. sebab bohong sunat tu mana ada. :D
love, syahirah hassan
haha bengang gila (^_^) rilex sudah, cheer up, hidup kene enjoy tp de batas n tanpa perlu menipu, heee (^_^)
ReplyDelete